Friday, January 16, 2009

Selamat datang ke blog Rakan Muda Kuala Pilah

Kepada semua kawan2 yang berumur 15-25 tahun, silalah layari blog ini untuk mendapatkan info dan maklumat terkini mengenai aktiviti Rakan Muda Kuala Pilah dan juga aktiviti Pejabat Belia & Sukan daerah Kuala Pilah..

7 comments:

  1. apo niiii mano somuoo orang poiee. nakkato bokabung,dah lamo abiss dah????

    ReplyDelete
  2. Wahai sahabat-sahabat KRMPKP, ingatlah yang bahawasanya Tuhan Sentiasa Uji. Namun Ada Manusia Ingkar akan suruhan dan larangannya. Ingatlah seksaan alam kubur, hari kiamat dan hari perhitungan sekalian manusia dimuka bumi ini yang tidak seorang pun akan terlepas darinya mahupun kuman sebesar zahrah. Segalanya di muka bumi ini akan menerima apa yang telah dijanjikannya pada satu masa nanti.


    IINNGGAATTLLAAHH!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam perpaduan.

    Alhamdulillah kita telah selesai mengadakan Larian Amal Untuk Palestin pagi semalam yang bertarikh 28/2/08. Penyertaan daripada semua golongan termasuk pelajar2 daripada KMNS, ITYNS dan lain lain institusi pendidikan manghangatkan suasana. Tak kurang dengan harok-pikuk ketika cabutan bertuah. Memang best la kan. Walaupun kita menyumbang dengan wang ringgit, tetapi jangan lupa yang penting sedekahkanlah kepada pejuang2 Palestin ini dengan Al-Fatihah dan kepada mereka yang masih hidup doakanlah supaya negara mereka aman seperti Malaysia. Kepada peserta yang telah terlibat didalam larian semalam jikalau boleh ambillah peluang untuk masuk ke acara seperti ini jika ada di masa akan datang. Jadilah warga Malaysia dengan membuktikan kita adalah belia yang PRIHATIN , DINAMIK dan MAHIR......
    WASSALAM

    Aligatok From Pilah Single Wall Climber
    YAKIN BOLEH GEMILANG!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam perpaduan.....

    Semalam 8-3-09 adalah tarikh tamat saya bersama 2 orang lagi sahabat iaitu mohaimin dan kerul mengikuti KURSUS ASAS MENDAKI TEMBOK TIRUAN di Kompleks Rakan Muda Jempol. Aktiviti selama 3h 2m yang bermula 6-3-09 yang lepas dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan N.Sembilan. 3 orang dari kami telah terpilih untuk kesana bagi mempelajari teknik dan cara-cara penggunaan alat mendaki dan lain-lain aspek tentang sukan mendaki tembok tiruan. Memang seronok dan terhibur dengan cara pengajaran oleh jurulatih daripada Persatuan Mendaki dan Kegiatan Luar N.Sembilan (Mendaki N9).Diharapkan ada lagi program sebegini untuk belia2 di dalam Parlimen Kuala Pilah ini supaya mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru. sekali lagi saya dan rakan ingin mengucapkan terima kasih kepada Abang Kucai kerana mewarwarkan program ini kepada saya dan Abg Mamat yang sanggup menghantar peserta sehingga ke KRM Jempol. akhir kata WASSALAM>>>>>

    Aligatok From Pilah Singgle Wall Climber

    YAKIN BOLEH GEMILANG!!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, salam perpaduan dan salam rakan muda.

    Pada hari ini 19-April-2009 tamat lah sudah saya dan beberapa orang sahabat saya iaitu Min(Ron), Ashrol, Intan, Saufi dan belia2 dari dalam daerah Kuala Pilah mengikuti Program Perkhemahan Rakan Muda Cinta Alam 2009. Program yang bermula 17-April-2009 telah menghimpunkan seramai 37 orang peserta dan telah diadakan di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Sepang, Selangor ini bertujuan untuk memantapkan Keprihatinan, kemahiran dan dinamika kami sebagai Ahli Rakan Muda yang bersemangat tinggi. Pada hari pertama cuma Ice-Breaking sahaja diadakan pada waktu malam bertujuan mengenali antara satu sama lain tanpa mengira latar dan rupa. Pada hari ke-2 pula Jungle Tracking diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mengenali tumbuhan hutan dan aspek2 penting ketika berlaku kecemasan di hutan. Pada belah petangnya pula diadakan Lake Crossing, Flying Fox dan Obstacle Course bagi menguji tahap mental, fizikal, jasmani dan rohani peserta program. Di waktu malamnya pula diadakan LDK dan tugasnya kepada setiap kumpulan adalah membuat cadangan kertas kerja program untuk belia remaja di Kuala Pilah. Selesai acara gimik yang dirancang oleh para Urusetia2 bagi menjadikan hari lahir peserta pada bulan ini berjaya dengan mengenakan mereka dengan cara (tak boleh cite nanti bile event lain nak buat surprise mcm ni x jadi oooo). Terima kasih kepada Urusetia2 yang membuatkan hari mereka ceria pada malam itu. Di hari ke-3 pula majlis penutup dirasmikan oleh YB Dato' Hj Hassan Bin Malek Timb. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. YB Dato amat gembira dan sukacita dengan penglibatan peserta di dalam program ini. Selesai acara peserta membersihkan kawasan perkhemahan dan bersiap pulang ke Kuala Pilah Tanah Beradat. Akhir kata Terima Kasih kepada barisan Urusetia yang bersusah payah di dalam program ini. Jumpa lagi di lain program. Akhir kata WASSALAM>>>>>


    Aligatok From Pilah Single Wall Climber
    YAKIN BOLEH GEMILANG!!!

    ReplyDelete
  6. wah,byk program yo?mengalahkan kami kt krm kulai...so,pe program tok cuti sekolah ni?erm...pe program terbaru???

    ReplyDelete